MAKLUMAT KORPORAT
'K' PUBLISHING SDN BHD
'K’ Publishing Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang aktif di Malaysia. Bermula dengan penerbitan novel, 'K’ Publishing maju setapak dengan menerbitkan buku-buku umum, buku kanak-kanak, buku teks sekolah Menengah dan Rendah yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejajar dengan persaingan sengit di pasaran buku di Malaysia, 'K’ Publishing semakin rancak menerbitkan buku-buku berkualiti sebagai santapan minda pembaca. Antara penulis profesional yang turut menyumbang idea dan karyanya ialah Sasterawan Negara, Arenawati, Profesor Emeritus Dr Nik Safiah Karim, Adibah Amin dan Khairuddin Ayip.
'K’ Publishing turut menempa pelbagai kejayaan seperti pencalonan Novel Exiled hasil karya Khadijah Hashim, terjemahan Adibah Amin bagi Anugerah Kesusasteraan Dublin IMPAC International pada tahun 1997, Novel Langkah Pertama pula telah memenangi Mobil-Mabopa Award pada tahun 1995.

Selain itu, Buku pantun Sayang Anakku Sayang tercalon ke International Board on Books for Young People (IBBY) di Basel Switzerland pada tahun 2002 dan buku puisi Semerbak Puisi telah tercalon ke International Board on Books for Young People (IBBY) tahun 2006.

Anda juga berpeluang untuk menulis dan menerbitkan buku di 'K’ Publishing, sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian :

Telefon : 03-56376775
Faks : 03-56374775

Unit Pemasaran:
Encik Falah
-
017-7488953
Encik Salleh
-
012 367 3891

Email : info@k-publishing.com.my

Salam hormat dari kami.