SET BACAAN PERPUSTAKAAN / ALAT BANTU MENGAJAR
SIRI NUJUM PAK BELALANG - Nujum Pak Belalang & 3 Kapal Anak Itik
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-499-5

Harga:
SM (RM 8.60)
SRK / SBH (RM 8.60)
Keterangan Buku:
Pak Belalang telah dicabar oleh juragan. Juragan meminta Pak Belalang mengenal pasti antara itik jantan dan ituk betina. Jika tidak negeri Halban Condong akan tergadai di tangan juragan. Pak Belalang yang memohon petunjuk dari Allah telah terfikir untuk berkayuh menuju kapal juragan dan mengintip untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya Pak Belalang mengetahui cara mengenal-pasti antara itik jantan dan itik betina dan negerinya tidak tergadai di tangan juragan.
[ Kembali ]
 
SIRI NUJUM PAK BELALANG - Nujum Pak Belalang & 7 Peti Emas
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-498-8

Harga:
SM (RM 8.60)
SRK / SBH (RM 8.60)
Keterangan Buku:
Pak Belalang yang pemalas telah menggunakan penipuan dan menyatakan dia pandai menilik sehingga menjumpai kerbau milik Pak Jawi yang disorokkan olehnya. Sultan yang kehilangan 7 peti emas telah meminta bantuan Pak Belalang untuk menilik dimana hartanya. Pak Belalang yang ketakutan telah memohon tempoh 7 hari. Semasa di rumahnya, dia menghitung bilangan pisang goreng yang kebetulannya sama dengan bilangan pencuri yang menyelinap dibawah rumahnya. Pencuri yang ketakutan dengan kehebatan Pak Belalang telah memohon kepad aPak Belalang agara jangan melaporkan hal mereka kepada raja. Pak Belalang berjanji asalnya kedudukan 7 peti itu diberitahu. Raja yang kagum dengan kebolehan Pak Belalng memperolehi kembali 7 peti emas itu menganugerahkan gelaran Ahli Nujum Diraja kepada Pak Belalang.
[ Kembali ]
 
SIRI NUJUM PAK BELALANG - Nujum Pak Belalang & 7 Kapal Kayu Beluti
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-500-8

Harga:
SM (RM 8.60)
SRK / SBH (RM 8.60)
Keterangan Buku:
Satu lagi pertaruhan yang membabitkan negeri Halban Condong telah dipersetujui oleh Raja Indera Maya. Jika baginda tidak dapat meneka pangkal dan hujung kayu beluti yang licin dan bulat, maka negeri Halban Condong akan menjadi milik nakhoda tersebut. Jika baginda berjaya, maka tujuh kapal yang sarat dengan muatan kayu beluti akan diserahkan kepada Raja Indera Maya.

Pak Belalang dititahkan untuk mencari jawapan bagi pertaruhan itu. Pak Belalang meminta tempoh selama tujuh hari. Pak Belalang sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk oleh Allah. Tempoh tujuh hari semakin hampir, namun Pak Belalang masih tidak dapat mencari jawapan. Akhirnya, Pak Belalang nekad pergi ke laut. Apakah yang ingin dilakukan oleh Pak Belalang di laut?
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17]