SET BACAAN PERPUSTAKAAN / ALAT BANTU MENGAJAR
SIRI MIKROB - Ophryoscolex Menyelamatkan Faizal
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-503-9

Harga:
SM (RM 28.00)
SRK / SBH (RM 28.00)
Keterangan Buku:
"Tolong!!!" Faizal cuba menggerakkan kaki dan tangannya yang dililit oleh kangkung raksasa. Faizal cuba bertenang. Lilitan kangkung semakin mengendur dan Faizal mengambil kesempatan itu, lalu menendang batang kangkung tersebut. Kangkung raksasa terkejut, lalu menambahkan lilitannya. Faizal semakin buntu apabila memikirkan kangkung yang terbina daripada gentian selulosa itu. Sistem penghadaman manusia pun tidak boleh manghadamkanselulosa. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi cecair mendidih. Bendalir kekuningan itu bergelodak dan membentuk gelombang, lalu menyerbu ke arah Faizal. Rupa-ruoanya Ophryoscolex datang untuk menyelamatkan Faizal. Ophryoscolex ialah mikroorganisma dari jenis protozoa yang hidup di dalam perut dan ususu arnab. Usus arnab? Bagaimanakah Faizal boleh masuk ke perut arnab?
[ Kembali ]
 
SIRI MIKROB - Sarah dan Virus
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-502-2

Harga:
SM (RM 28.00)
SRK / SBH (RM 28.00)
Keterangan Buku:
"Acho ...!" Sudah beberapa kali Sarah bersin. Doktor mengatakan Sarah demam selesema yang diakibatkan oleh jangkitan virus. Semasa Sarah berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah, dia terdengar suara halus memanggil-manggil namanya. Rupa-rupanya suara itu suara sejenis virus! Virus memohon maaf kerana menyerang Sarah. virus bercerita tentang diri mereka. Sarah begitu teruja apabila diberitahu bahawa Virus tiada organisasi sel, nukleus, membran sel, dan mitokondria. Pelbagai ilmu baru telah Sarah dapat melalui virus yang petah itu.
[ Kembali ]
 
SIRI MIKROB - Bertemu dengan Yis
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-504-6

Harga:
SM (RM 28.00)
SRK / SBH (RM 28.00)
Keterangan Buku:
Sarah memang suka makan roti. Sampai di rumah, Sarah membaca buku Sains tentang yis. Sedang dia khusyuk membaca, tiba-tiba ada suara mengiakan fakta yang dibaca oleh Sarah. Dengan tidak semena-mena, satu makhluk bersusuk kecil menjengah ke muka Sarah. "Sayalah Yis!" Oh ... yis rupa-rupanya! Yis begitu bangga bercerita tentang musuhnya, iaitu mukor dan Rhizhopus. Mereka inilah yang merosakkan roti. Dalam cerita menarik tentang kehidupan yis, rupa-rupanya ada cerita sedih yang yis kongsikan bersama Sarah. Sarah sendiri tersentuh mendengar cerita yis. Mengapakah yis harus menerima nasib malang setelah banyak berjasa? Apakah cerita yang sedih itu?
[ Kembali ]
 
SIRI MIKROB - Klamidomonas, Si Alga Hijau
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-505-3

Harga:
SM (RM 28.00)
SRK / SBH (RM 28.00)
Keterangan Buku:
Hari perkhemahan telah tiba! Sampai di tapak perkhemahan, mereka diarahkan untuk membersihkan kawasan sekitar terlebih dahulu. Faizal menuruni batu-batu sungai untuk mengutip sampah yang tersekat dan terselit di situ. Tiba-tiba, berdebur! Faizal tergelincir! "Saya akan merawat awak." Sebaik sahaja Faizal membuka mata, dia amat terkejut apabila melihat organisma berbentuk sfera dan berflagelum. Kalmidomonas, itulah nama organisma tersebut. Ia sejenis alga hijau. Daripada cerita tentang habitat dan jenis-jenis alga yang terdapat di dunia ini, Klamidomonas turut melahirkan rasa sedihnya melihat sampah sarap yang semakin merosakkan kediaman mereka dan kawasan sekeliling. Faizal berjanji akan menolong Klamidomonas. Kawan-kawan dan guru amat risaukan keadaan Faizal. Matanya masih terpejam dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Apakah yang teah terjadi pada Faizal? Adakah dia akan sedar semula?
[ Kembali ]
 
SIRI MIKROB - Kawan Baharu Bernama Kokus
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-501-5

Harga:
SM (RM 28.00)
SRK / SBH (RM 28.00)
Keterangan Buku:
Saiz badan Faizal tiba-tiba mengecil. Sejenis bakteria yang bernama Kokus memberitahu Faizal bahawa saiz badan Faizal telah berubah menjadi seperti saiz bakteria. Bermulalah pengembaraan Faizal di alam yang menakjubkan bersama pelbagai jenis bakteria. Sahabat baharunya yang bernama Kokus banyak mengajarnya tentang kehidupan sebenar bakteria. Faizal berkenalan dengan kawan kokus yang bernama Laktobasilus. Rupa-rupanya Laktobasilus ialah sejenis bakteria yang baik. Daripada pengembaraan tersebut, baharulah Faizal benar-benar faham tentang cara bakteria membiak, bergerak, dan sebagainya.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17]