SET BACAAN PERPUSTAKAAN / ALAT BANTU MENGAJAR
SIRI CITRA SANG UNGGAS - Dendam Helang
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-400-X

Harga:
SM (RM 5.90)
SRK / SBH (RM 6.20)
Keterangan Buku:
"Kau memang kurang akal, tak tahu menghargai sesuatu benda. Bulu aku ini sangat berharga kepada aku. Memang patut kau diejek orang 'macam kera dapat bunga!" ejek Helang. "Hodohnya muka kau, Helang togel ... Helang togel!" ejek Kera.

Apakah yang telah dilakukan oleh kera sehingga membangkitkan kemarahan Helang? Mengapakah kera mengejek Helang togel? Bagaimanakah kesudahan nasib Helang dan kera ini dalam cerita Dendam Helang? Ikuti kisah mereka hingga akhir.
[ Kembali ]
 
SIRI CITRA SANG UNGGAS - Hati Kera
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-404-2

Harga:
SM (RM 5.90)
SRK / SBH (RM 6.20)
Keterangan Buku:
"Hati kera?" Sang Bedal terkejut sedikit. Macam mana aku hendak menangkap kera. aku di air, kera bergayutan di atas pokok. Tiba-tiba Sang Bedal teringat akan sahabat baiknya Si Kera yang dibawa ke dusun, tetapi tidak mungkin aku tergamak hendak mengkhianati persahabatanku, fikirnya.

Sang Bedal berada dalam dilema untuk membuat keputusan antara mengikut kehendak isterinya atau mengkhianati persahabatnnya. Siapakah yang akan dipilih oleh Sang Bedal? Bagaimanakah nasib kera? Akan matikah dia dibunuh oleh Sang Bedal? Ikuti kisah mereka seterusnya.
[ Kembali ]
 
SIRI CITRA SANG UNGGAS - Gagak Putih
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-401-8

Harga:
SM (RM 5.90)
SRK / SBH (RM 6.20)
Keterangan Buku:
Terima kasih Ikan Emas ... Kau tolong aku yang hitam legam ini. Hitam gagak seluruh badan, Jinak merpati di dalam sarang; Kalau berlagak biar berpadan, Budi pekerti dipandang orang.

Gagak amat berterima kasih dengan Ikan Emas yang telah membantunya. Mengapakah Gagak berbuat demikian? Apakah yang telah terjadi kepadanya? Apakah bentuk pertolongan yang telah diberikan oleh Ikan Emas? Ikuti kisah Gagak Putih seterusnya.
[ Kembali ]
 
SIRI CITRA SANG UNGGAS - Jalak O... Jalak
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-403-4

Harga:
SM (RM 5.90)
SRK / SBH (RM 6.20)
Keterangan Buku:
Si Jalak pun terbang ke tunggul kayu sambil berkepak megah. Dia pun berkokok panjang tanda kemenangan. "Mulai hari ini panggil aku tuan ketua. Semua mesti hormat kepada aku."

Mengapakah Jalak mahu dipanggil tuan ketua? Kepada siapakah kata-kata tersebut ditujukan? Berjayakah Jalak menjadi ketua? Bagaimanakah reaksi rakan-rakannya yang lain? Ikutilah kisah Jalak ini hingga ke akhir.
[ Kembali ]
 
SIRI CITRA SANG UNGGAS - Helah Murai
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-402-6

Harga:
SM (RM 5.90)
SRK / SBH (RM 6.20)
Keterangan Buku:
"Sunyilah aku kalau kau tak ada. Kita generasi baru boleh berkawan dengan semua jenis haiwan dan unggas. Kita anak-anak dunia tanpa sempadan," kata Anak Musang. "Betul juga kata kau. Mereka tak ada, mari kita pergi main bola." Anak Murai terloncat-loncat menolak bola dengan muncungnya.

Mengapakah Anak Musang akan kesunyian kalau Anak Murai tidak ada? Mengapakah pula Anak Murai mengajak Anak Musang bermain apabila mereka tidak ada? Siapakah "mereka"? Bagaimanakah kesudahan persahabatan mereka? Ikutilah kisah mereka ini dalam cerita Helah Murai.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17]