SET BACAAN PERPUSTAKAAN / ALAT BANTU MENGAJAR
SIRI TELADAN DARI RIMBA (SET) - Singa Vegetarian
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-453-0

Harga:
SM (RM 30.00)
SRK / SBH (RM 30.00)
Keterangan Buku:
Singa yang kematiannya anaknya mula merasa insaf dan berjanji tidak mahu memburu binatang lagi. Singa itu mual belajar makan daun dan buah-buahan atau rumput. Raja Singa yang mendengar khabar itu telah memanggil singa tersebut dan mengujinya. Ternyata singa itu betul-betul menjadi vegetarian. Raja Singa mengarahkan singa itu menjadi pengawal simpanan daging kerana yakin tidak akan mencurinya.
[ Kembali ]
 
SIRI TELADAN DARI RIMBA (SET) - Gajah dan Ular Buta
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-454-9

Harga:
SM (RM 30.00)
SRK / SBH (RM 30.00)
Keterangan Buku:
Gajah dan ular yang buta tinggal di kawasan yang kering kontang akibat kemarau. Setelah Katak telah menyanyi menyeru hujan turun, barulah kemarau berakhir dan kolam dipenuhi air. Apabila gajah menemui kolam arnab yang luas, dia terus berkubang dan tidak menghiraukan haiwan yang lain. Penghulu arnab mengarahkan arnab tua supaya memberi peringatan kepada gajah di tas kelakuannya. Dengan sedikit muslihat, gajah telah meninggalkan kawasan kolam itu. Manakala ular yang buta telah pergi ke Raja Katak memohon bantuannya. Dia bersedia menjadi tunggangan Raja Katak asalkan dia mendapat 2 ekor katak setiap hari sebagai habuan.
[ Kembali ]
 
SIRI TELADAN DARI RIMBA (SET) - Jasa Tikus dan Semut Hitam
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-452-2

Harga:
SM (RM 30.00)
SRK / SBH (RM 30.00)
Keterangan Buku:
Helang yang melihat kerjasama antara tikus dan burung pipit menyatakan minat untuk berkawan dengan tikus. Helang membawa tikus tinggal berdekatan dengan kolam dan berhampiran dengan kawannya, Kura-kura. Kemudian, Kijang pun datang dan mula berkawan bersama. Suatu hari, Kura-kura telah menyelamatkan semut yang hanyut dan semut berjanji akan membalas jasa kura-kura. Beberapa hari kemudian, Kijang telah terperangkap di dalam jala milik pemburu. Tikus datang untuk menggigit jala tersebut. Pemburu berasa geram melihat jalanya koyak. Dia ternampak helang sedang bertenggek diatas pokok dan ingin menembaknya tetapi telah diserang oleh semut hitam.
[ Kembali ]
 
SIRI TELADAN DARI RIMBA (SET) - Helah Si Bangau Tua
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-450-6

Harga:
SM (RM 30.00)
SRK / SBH (RM 30.00)
Keterangan Buku:
Bangau tua yang ditinggalkan anaknya mula merasa rindu pada anaknya. Apabila Si Ketam bertanya, bangau tua menyatakan dia sibuk memikirkan nelayan yang akan menjala di kawasan tasik itu. Semua ikan di dalam tasik merasa terkejut dan merancang untuk pergi dari kawasan tasik itu. Bangau tua mendapat ilham untuk menipu ikan-ikan itu dan berjanji akan menolong mereka berpindah. Sebaliknya bangau tua menggunakan kesempatan itu untuk memakan ikan-ikan tersebut. Ketam yang menyedari perkara tersebut telah bertindak untuk menyepit leher banagau tua itu sehingga mati.
[ Kembali ]
 
SIRI TELADAN DARI RIMBA (SET) - Burung Hantu Tertipu
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-451-4

Harga:
SM (RM 30.00)
SRK / SBH (RM 30.00)
Keterangan Buku:
Burung hantu dan burung gagak bemusuhan diantara satu sama lain. Burung-burung tinggal berdekatan antara satu sama lain dan menimbulkan rasa kurang senang di hati burung hantu. Burung hantu tekah menyerang kumpulan burung gagak sehingga banyak yang tercedera. Burung gagak yang geram dengan peristiwa itu telah membuat muslihat dan menyelinap masuk ke dalam tempat tinggal burung hantu di dalam gua. Kemudian, burung gagak telah memilih waktu yang sesuai untuk menghapuskan burung hantu dengan meletakkan ranting kayu di depan pintu gua dan membakarnya menyebabkan semua burung hantu mati di dalamnya.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17]