BACAAN UMUM
1010 Pantun Baru
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-508-4

Harga:
SM (RM 9.90)
SRK / SBH (RM 9.90)
Keterangan Buku:
Khadijah Hashim ialah karyawan yang menaruh pegangan bahawa berkarya tidak semestinya terbatas kepada satu bidang sahaja. Maka itulah dalam kerjayanya sebagai seorang sasterawan, beliau bukan sahaja melahirkan novel dan cerpen, bahkan dalam beberapa tahun yang lalu beliau telah pun mencurahkan bakat ke dalam suatu bidang seni yang berlainan, iaitu seni lukis.

Kini, Khadijah Hashim meneroka suatu bidang baru, iaitu penghasilan pantun. Walaupun himpunan pantun ciptaannya yang terkandung dalam buku ini merupakan pantun baru, namun Khadijah tidak beredar daripada syarat dan rukun yang menjadi sifat asas dalam puisi tua Melayu yang dinamakan pantun empat kerat, baik dalam susunan baris dan suku kata, mahupun pembayang dan maksud.

Dalam lingkungan kawalan syarat dan rukun yang demikian ketat, Khadijah mengolah idea, ungkapan, dan seni kata yag membawa nafas baru dengan ciri-ciri semasa dalam pantun-pantunnya.

Sebagai orang yang telah lama meminati serta menyayangi pantun lama warisan bangsa, saya mengalu-alukan usaha Khadijah Hashim ini. Kehadiran 1001 Pantun Baru pasti memperkayakan lagi perbendaharaan pantun Melayu kita.
[ Kembali ]
 
Panduan Menulis Skrip Drama Radio
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-334-8

Harga:
SM (RM 8.90)
SRK / SBH (RM 9.80)
Keterangan Buku:
“Bagaimana mahu menjadi seorang penulis?” Itulah soalan yang selaludiajukan kepada saya. Agak sukar untuk menjawabnya. Tetapi dengan terbitnya buku Panduan Menulis Skrip Drama Radio ini sedikit sebanyak akan membantu guru-guru, pelajar sekolah menengah dan calon penulis, khususnya penulisan skrip drama radio menghasilkan karya yang bermutu. Buku ini juga dapat dijadikan bahan kokurikulum sekolah menengah seperti mengadakan persembahan drama singkat di dalam kelas.
[ Kembali ]
 
Mestika Warisan - Kumpulan Pantun Baru
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-439-5

Harga:
SM (RM 55.00)
SRK / SBH (RM 55.00)
Keterangan Buku:
Bertiup bayu dari banjaran, Bayu berhembus seluas maya; Berkurun Melayu berdepan cabaran, Belum lupus di peta dunia.

Adat ikan bermain lumpur, Teduh rimbun pohon cemara; Adat makan sirih sekapur, Kata disusun awal bicara.

Harum kenanga kembang setangkai, Tiba di kedi bunga digubah; Periuk belanga buruk dipakai, Ilmu dipakai semakin bertambah.
[ Kembali ]
 
Bimbingan Pelajar - Bahasa Kita Jilid 1
Pengarang:
Nik Safiah Karim

ISBN:
983-852-417-4

Harga:
SM (RM 6.50)
SRK / SBH (RM 6.80)
Keterangan Buku:
Buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita Kita Jilid I diterbitkan khas untuk memberikan bimbingan kepada mereka yang mengalami pelbagai masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Selain memberikan bimbingan tentang pengggunaan bahasa yang betul, buku ini juga mengutarakan permasalahan yang timbul di kalangan pengguna Bahasa Melayu dan jawapan kepada permasalahan tersebut.

Buku ini ditujukan khusus kepada pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan pembaca umum yang ingin mempelajari Bahasa Melayu dengan kaedah yang betul.

Berpandukan bku ini, pengguna dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan tepat.

Bagi melengkapkan pengetahuan tentang Bahasa Melayu, dapatkan juga Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita Jilid 2 yang merupakan kesinambungan daripada Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita Kita Jilid I.
[ Kembali ]
 
Bimbingan Pelajar - Bahasa Kita Jilid 2
Pengarang:
Nik Safiah Karim

ISBN:
983-852-418-2

Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |6 ]