BACAAN UMUM
Peribahasa Melayu
Pengarang:
Mohaini Salim

ISBN:
978-983-852-506-0

Harga:
SM (RM 15.00)
SRK / SBH (RM 15.00)
Keterangan Buku:
Peribahasa Melayu yang terakam hingga ke hari ini ialah rakaman idea serta buah fikiran mereka yang bijaksana melihat nilai budaya bangsanya waktu itu. Himpunan peribahasa kian bertambah mengikut peredaran masa seperti yang terdapat dalam buku Peribahasa Melayu yang mengandungi 1711 peribahasa dengan contoh ayatnya sekali.

Pemakaian peribahasa dalam kehidupan sehari-hari biasanya diucapkan dalam kalangan rakyat. Pada peringkat awal bunyinya seperti pengucapan puisi dalam perbualan atau bentuk sastera lisan.

Peribahasa turut diajar di sekolah dan dijadikan tajuk karangan serta digunakan dengan meluas dalam ucapan di majlis-majlis keraian. Peribahasa masih relevan dan wajar kita manfaatkan untuk panduan hidup generasi pada abad ini.
[ Kembali ]
 
English Idioms & Expressions
Pengarang:
Idora Mohd Nor, Zaharah Osman

ISBN:
978-983-852-507-7

Harga:
SM (RM 10.00)
SRK / SBH (RM 10.00)
Keterangan Buku:
This book is written especially for students studying English in understanding the richness of the language.

They will find this book helpful as the idioms and expressions may be used in their daily conversation. Students are also able to enhance speeches and presentations and also their writing skills.

Besides that, they can explore and improve their language skills through basic practice of including idioms and expressions to add colour in their English usage.

And especially for secondary school students who want to earn some extra marks for their essay questions, this book will provide all that they need.
[ Kembali ]
 
Putera Puteri Malaysia
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-516-9

Harga:
SM (RM 15.00)
SRK / SBH (RM 15.00)
Keterangan Buku:
Gabungan puisi lama dan baru dalam buku Putera Puteri Malaysia memang dirancang sebegitu rupa supaya anak-anak kenal seterusnya menghayati sastera warisan bangsa. Pilihan tema puisi adalah pelbagai seperti isu alam sekitar, kasih sayang dalam keluarga, perpaduan juga rasa kecintaan kepada negara.

Pada umumnya, kumpulan puisi ini boleh dibaca di sekolah atau di rumah bersama keluarga. Puisi ini juga boleh dilagukan. Puisi-puisi yang dipilih pula mengikut umur, tahap pemikiran dan kecerdasan anak-anak yang berbeza. Oleh itu, kita akan temui sajak, pantun atau gurindam mudah seperti 'Arnab', 'Dusunku' dan 'Bunga Matahari', yang sesuai untuk anak-anak di tadika atau murid di Tahap Satu sekolah rendah. Selebihnya puisi yang diketengahkan agak lebih mencabar dan sesuai untuk meurid Tahap Dua seperti 'Malam Kemerdekaan', 'Perwira' dan 'Tiang Sakti yang Ditakuti'.

Selamat Berpuisi!
[ Kembali ]
 
My First Poetry Book
Pengarang:
Jamilah Abdullah & Zaharah Osman

ISBN:
978-983-852-517-6

Harga:
SM (RM 15.00)
SRK / SBH (RM 15.00)
Keterangan Buku:
This anthology of poems is especially written for all students regardless of age. The poems touch on common issues that we see, hear, read or experience in our daily lives. Through these poems we hope perhaps our young readers will expand their horizon to be creative and explore their own ability to write poems. One will never know what one's hidden talents are unless one is willing to try something new; to think out of the box. Who knows after reading the poems in this book, perhaps you may discover that you have the creative talent to pen your own poems.

Good Luck!
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |6 ]