BACAAN UMUM

Siri Adab Muslim
Fatimah Abdul Rahman berasal dari Muar, Johor merupakan graduan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu dan pernah mengikuti Specialist Course in English Language Teacher Training di University of Warwick.

Beliau merupakan lulusan Sekolah Agama Negeri Johor sehingga peringkat Darjah Khas dan pernah mengikuti kursus Guru al-Quran anjuran Pusat Latihan Qurra’ (QTC), Bukit Bandaraya Kuala Lumpur serta memperoleh Sijil Guru al-Quran Tahap 1 dan Tahap 2 dengan pangkat cemerlang. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Bahasa Malaysia di Maktab Perguruan Teknik. Selepas bersara pada tahun 1993, beliau bertugas sebagai pensyarah sambilan di Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA) selama dua tahun.
Adab Muslim Siri 1
Pengarang:
Fatimah Abdul Rahman

ISBN:
983-852-523-7

Harga:
SM (RM 7.90)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Buku Adab Muslim – Siri 1 ini ditulis untuk menjadi panduan dalam memupuk kembali adab-adab yang seharusnya diamalkan dalam kehidupan seperti adab dengan ibu bapa dan adab memberi salam. Malah, dalam menjalani rutin harian seperti makan, minum dan tidur, terdapat adab-adab yang wajar dipraktikkan agar bersesuaian dengan kehidupan sebagai muslim sejati.

Alangkah indahnya hidup seorang muslim seandainya menjalankan rutin hariannya dengan adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam. Orang yang sentiasa mengamalkan adab dalam kehidupannya merupakan orang yang bersyukur dengan segala kurnia Allah s.w.t. dan memanfaatkannya ke jalan yang benar. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna dan segala aspek kehidupan telah diaturkan untuk menjadi ikutan penganutnya.
[ Kembali ]
 
Adab Muslim Siri 2
Pengarang:
Fatimah Abdul Rahman

ISBN:
983-852-524-4

Harga:
SM (RM 7.90)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Hidup bermasyarakat haruslah dipupuk dalam kalangan generasi baru supaya mewujudkan keharmonian. Seorang muslim haruslah menjaga hubungan baik sesama muslim yang lain dengan memelihara adab-adabnya serta tingkah laku supaya tidak menyakiti saudaranya yang lain.

Buku Adab Muslim – Siri 2 ini menampilkan adab-adab yang paling asas yang perlu diamalkan oleh seorang muslim apabila bergaul dengan masyarakat seperti adab berjiran dan adab menerima tetamu. Malah hubungan seorang muslim bukan sahaja terikat sesama manusia, tetapi juga kepada haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan seperti yang ditekankan dalam adab dengan haiwan dan adab bertani.

Masyarakat yang memberikan perhatian utama kepada amalan adab-adab muslim akan membangunkan modal insan yang seimbang serta membentuk masyarakat yang aman dan menghindarkan sifat permusuhan antara mereka. Oleh itu, marilah menghayati adab-adab yang terkandung di dalam buku ini supaya kita dapat membentuk masyarakat yang bersatu hati dan harmoni.
[ Kembali ]
 
Adab Muslim Siri 3
Pengarang:
Fatimah Abdul Rahman

ISBN:
983-852-525-1

Harga:
SM (RM 7.90)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Berdoa diumpamakan orang sakit yang perlukan ubat yang harus makan ubat beberapa kali hingga sembuh. Begitulah juga sikap orang yang berdoa, berdoa bukan sekali, tetapi berulang kali. Jangan cepat kecewa, sebaliknya meyakinkan diri bahawa doa akan dimakbulkan. Berdoa dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, dan khusyuk untuk memohon rahmat dan pertolongan daripada Allah s.w.t.

Buku Adab Muslim – Siri 3 merupakan doa-doa yang sahih. Terjemahannya berpandukan al-Quran Tafsir al-Rahman terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Para pembaca boleh memilih doa-doa yang ingin diamalkan menurut keperluan masing-masing. Contohnya Surah al-Taubah, ayat 129, berkenaan dengan bertawakal. Apabila kita ditimpa kesusahan, kita disuruh berusaha untuk melepaskan diri daripada kesusahan tersebut sambil bertawakal kepada Allah s.w.t. Selain itu, doa supaya kita dijauhkan daripada gangguan syaitan terdapat dalam Surah al-Isra’ ayat 111. Doa untuk memohon keampunan juga terdapat dalam surah Ali ‘Imran ayat 16. Manakala Surah Kahfi ayat 10 boleh digunakan untuk memohon rahmat daripada Allah s.w.t.

Baca buku ini dengan sempurna dan hayati maknanya dan berdoalah kerana orang yang tidak berdoa itu dikatakan sombong kepada Allah s.w.t. Berdoalah mengikut tertib yang pernah diamalkan oleh para ulama. Semoga insan yang mengharap akan bertambah tenang dan sabar menantikan segala hajatnya dikabulkan Allah s.w.t. Amin.
[ Kembali ]
 
Adab Muslim Siri 4
Pengarang:
Fatimah Abdul Rahman

ISBN:
983-852-529-9

Harga:
SM (RM 7.90)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Buku Adab Muslim – Siri 4 menekankan kembali nilai dan roh Ramadan yang wajar dihidupkan dengan menggandakan amalan-amalan seharian seperti berzikir dan membaca al-Quran. Umat Islam juga digalakkan mencari malam lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kejayaan mentarbiah diri sepanjang bulan Ramadan diraikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bab Istimewa Syawal mengimbau kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin dilupakan kerana asyik menonton rancangan televisyen dan melancong ke luar negara. Sambutan hari raya haruslah dilaksanakan dengan sederhana, tidak membazir serta tidak terlupa untuk membayar zakat fitrah.

Disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha, terdapat kisah Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. kerana taat kepada perintah Allah s.w.t. yang wajar dijadikan renungan bersama. Selain itu, terdapat dua tuntutan ibadat, iaitu menunaikan ibadah haji dan melaksanakan korban untuk menunjukkan tanda kesyukuran atas nikmat Allah s.w.t.

Marilah kita membersihkan jiwa dan kembali kepada fitrah seperti yang dikehendaki oleh Islam. Nilai-nilai agama yang ada janganlah dikuis ke tepi, tetapi menjadi gaya hidup sehari-hari.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 ]