SIRI NOVEL
Trilogi Khadijah Hashim Jilid 1 (Laila Azwa Gadisku, Cinta Kedua, Senator Adila)
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-328-3

Harga:
SM (RM 12.90)
SRK / SBH (RM 14.20)
Keterangan Buku:
Laila Azwa Gadisku
Pada suatu masa dahulu, muzik tidak mendapat tempat dalam masyarakat. Menerusi Laila Azwa Gadisku, Khadijah membongkar realiti dunia muzik pada hari ini dan sekali gus menggambarkan harapan dan cita-cita Laila Azwa. Novel ini ternyata mengangkat dunia muzik hari ini. Penerimaan itu bukan setakat mendapat tempat dalam masyarakat, tetapi boleh dijadikan punca pendapatan. Laila Azwa Gadisku telah tersiar di RTM sebagai telefilem dengan judul yang sama.

Cinta Kedua
Kita selalu menyanjung kemurnian dan kehebatan cinta pertama. Kata orang cinta pertama adalah cinta sejati. Cinta kedua bagaiman pula? Apakah cinta kedua tidak semurni dan tidak seindah cinta pertama? "Cinta itu bagai lautan, ditimba banyak mana pun tidak akan kering, sentiasa luas dan dalam!" kata Intan Maizura. Nyatalah suka duka kehidupan membuatkan orang mencari cinta kedua. Dalam cinta kedua, penulis mengajar kita agar tidak berputus asa dalam bercinta.

Senator Adila
Novel Senator Adila mendedahkan perilaku orang politik Malaysia hari ini. Pendedahan itu memperlihatkan betapa hebatnya percaturan merebut tempat dalam politik. Meskipun penulis menyentuh politik secara sambil lewa sahaja menerusi novelnya ini, namun cara dia memaparkan hal itu menunjukkan kematangannya. Pengarang berjaya membongkar taktik sesetengah calon dalam usaha memancing undi. Senator Adila dalam novel ini menggambarkan watak ideal wanita moden yang ingin berjaya dalam dunia korporat, politik, dan rumah tangga. Dalam masa yang sama, beliau menghadapi masalah politik wang, rasuah, dan ego seorang suami. Realiti inilah yang cuba digambarkan oleh penulis yang pasti menyedari tentang perubahan kedudukan wanita dalam dimensi sosial tahun 1990-an ini.
[ Kembali ]
 
Trilogi Khadijah Hashim Jilid 2 (Mira Edora, Dekat Disayang Jauh Dikenang, Melawan Arus)
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-327-5

Harga:
SM (RM 12.90)
SRK / SBH (RM 14.20)
Keterangan Buku:
Mira Edora
Mira Edora yang disebut-sebut oleh peminat novel lima belas tahun dahulu dan masih disebut hingga kini bukanlah kerana namanya, tetapi kerana ceritanya. Kisah gelora hidup anak gadis benama Mira Edora itulah yang memikat hati pembaca. Novel ini turut difilemkan dengan judul yang sama.

Dekat Disayangi Jauh Dikenang
Dekat Disayangi Jauh Dikenang bukan lamunan kosong gadis kampung yang mengadu nasib di kota, tetapi kisah masyarakat yang dilakar begitu rupa untuk renuangan masyarakat. Novel ini telah diolah menjadi dua siri drama di RTM.

Melawan Arus
Melawan Arus memuatkan falsafah yang sangat menarik untuk diniai dan dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian menerusi watak utamanya, Sakinah. Khadijah Hashim yang sememangnya mesra dengan aliran feminisme sekali lagi membuktikan bahawa wanita tetap mempunyai tempat dan peluang untuk menempah kejayaan jika ada kesungguhan, meskipun dalam politik.
[ Kembali ]
 
Trilogi Khadijah Hashim Jilid 3 (Ke mana Kasih Hendak Dibawa, Langkah Pertama, Dagang Terbuang)
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-429-8

Harga:
SM (RM 25.00)
SRK / SBH (RM 25.00)
Keterangan Buku:
Ke Mana Kasih Hendak Dibawa
“Ros hendak perhatian macam mana lagi? Mama Ros selalu datang ke sini menjengah Ros, bawakan hadiah untuk Ros. Papa pula tidak lupa menghantar wang setiap bulan. Apa yang Ros mahu?” Ros Aniza terdiam, dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan ayah dan ibunya. Wang ringgit memanglah tidak kering, tetapi yang keringnya ialah kasih sayang. Dia ingin melihat kasih sayang berbunga kembali antara ibu dengan ayahnya dalam sesebuah rumah tangga yang bahagia ...

Langkah Pertama
“Bila kakak dah jadi pemain tenis terkenal, Badar dan Arfah tak payah tolong emak goreng pisang lagi. Badar jadi pengurus kakak yang menguruskan pertandingan kakak. Arfah jadi setiausaha kakak, menguruskan hal-hal peribadi. Masa itu kakak dah kaya, semua orang kejar kakak. Syarikat kasut minta kakak iklankan kasut keluarannya, syarikat raket minta kakak bergaya dengan raketnya, semua itu duit ... duit Badar!”

Dagang Terbuang
Dunia hari esok baginya sudah tidak ada. Bukan Kampung Pantai Belangkas sahaja yang tidak dapat menerimanya kembali. Kampung dan tempat-tempat lain pun mungkin tidak menerimanya dengan rela hati dirinya yang berwajah hodoh dan bekas penyakit kusta ini. Masyarakat jijik, masyarakat memandang serong, hina pada manusia seperti aku, fikir Tamin selalu. Di manakah dunia yang luhur? Di mana?
[ Kembali ]
 
Trilogi Khadijah Hashim Jilid 4 (Di Ruang-Mu Aku di Sini, Bila dan di Mana, Di Tengah Kabus)
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-430-1

Harga:
SM (RM 29.90)
SRK / SBH (RM 29.90)
Keterangan Buku:
Di Ruang-Mu Aku di Sini
Novel ini bukan hanya berkisar tentang percintaan, tetapi menyentuh tema korporat dan pengurusan kewangan yang jarang-jarang sekali diperkatakan oleh penulis lain. Khadijah Hashim memaparkan suasana latar belakang Scotland dengan baik sekali.

Bila dan di Mana
Pembaca diajak menghayati dan mengalami sendiri pengalaman suku-duka Mastura dalam novel Bila dan di Mana. Mastura seorang wartawan muda yang bersemangat kental dan berani menegakkan kebenaran. Novel ini memaparkan selok-belok dunia surat khabar dan kehidupan di kota metropolitan. Khadijah Hashim berjaya mengangkat satu watak wanita dalam menangani masalah dan kemelut yang melingkari hidup dan kerjayanya.

Di Tengah Kabus
Apakah masalah yangg menghantui fikiran Ainon? Khadijah Hashim melalui Di Tengah Kabus cuba menyelongkar kehidupan Ainon yang menghadapi cabaran dalam kerjayanya sebagai seorang jururawat. Bagaimanakah Ainon menghadapi ragam dan godaan pesakitnya? Siapakah yang berjaya menawan hati jururawat yang manis dan baik hati ini?
[ Kembali ]
 
The Journey
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-399-2

Harga:
SM (RM 12.90)
SRK / SBH (RM 13.50)
Keterangan Buku:
“Let’s keep the discussion within the family.” Datin Mariah snapped when Azizah once ventured an opinion. What am I? Am I not part of the family? Azizah wondered. But that one rebuke was enough. She kept her ideas, however sensible, to herself. Looking back, Azizah marvelled at her stupidity, accepting a totally passive role just to nurture the egos of a husband and his mother. She could never understand how Zamri, once a student leader open to other’s opinion, could be so autocratic and iron-fisted towards his wife. He used the husband’s veto power ruthlessly. To avoid friction, Azizah had decided to take it in silence. Was I wise or foolish, she wondered. Yes, I may be stupid or acted stupidly before, but now, let no anyone try to step on my toes. This is a ‘new’ Azizah, who is happy with compliments but at the same time takes criticism calmy. It is normal that some wisdom comes with age!
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 ]