SIRI NOVEL
Fasa Kedua
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
978-983-852-493-3

Harga:
SM (RM 6.90)
SRK / SBH (RM 6.90)
Keterangan Buku:
Setitik air mata pun tidak tumpah ketika Datin Rahmah meninggal. Lagipun Farhana sudah ada sebgai pengganti. sudah ada pengganti. Farhana pula menerima berita itu dengan hati yang lega. Gelaran 'Datin' pasti akan berpindah ke bahunya pula.

Datuk Syukri seorang lelaki yang gentleman. Dia gembira memperagakan isteri mudanya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Air mata yang membasahi pipi Farhana sama lebat dengan titik-titik hujan yang menimpa cermin kereta yang sedang dipandu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis, sedangkan itu adalah pilihannya sendiri. Kereta BMW hadiah daripada Datuk Syukri akhirnya meluncur laju meninggalkan segala kenangan di rumah banglo mewah itu.

Yanti tidak terkejut dengan tindakan Farhana. Sudah diduga, suatu hari akan sampai juga saat perpisahan. Sudah setahun lebih dia melihat sandiwara lakonan Datuk Syukri dan Farhana. Pinggan retak menunggu belah, ranting reput menunggu patah.
[ Kembali ]
 
Hatinya di Hujung Jari
Pengarang:
Siti Jasmina

ISBN:
983-852-432-8

Harga:
SM (RM 13.90)
SRK / SBH (RM 13.90)
Keterangan Buku:
Aku terpaku sendirian di atas sejadah. Tanpa kusedari, air mata syukur menitis ke pipi. Betapa besar rahmat Allah, betapa sempurnanya makhluk-makhluk ciptaan Allah. Mereka sebenarnya saling mengerti perasaan manusia yang lebih banyak melupakan dan tidak ingin mendekati makhluk-makhluk lain dimuka bumi ini.

Melihatkan serindit itu terbang bebas di langit biru, membuatkan hatiku juga berasa bebas dan aku sebenarnya boleh bebas dan dilihat indah seperti serindit itu. Aku damai memikirkannya. Aku senang sekali.

Baru aku sedari, sudah terlalu lama aku menghukum diri dan mensia-siakan usia yang hanya datang sekali. Tidak ada masa silam yang dapat diputar kembali dan diubah. Yang lepas sama ada pahit atau manis, biarkan tinggal sejarah dan hanya bertugas sebagai pemangkin untuk kita jadi lebih matang dan bijak.
[ Kembali ]
 
Mira Edora
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-382-8

Harga:
SM (RM 6.90)
SRK / SBH (RM 6.90)
Keterangan Buku:
"Kenapa cikgu cakap macam tu?" Sekali lagi dia cuba menduga. "Sebab saya sayangkan Mira," jawabnya dengan segala senang hati. Mira Edora terkaku sejenak. Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Ucapan Cikgu Nordin pada hari tu menjadi seribu pertanyaan bagi Mira Edora. Dia mula menilai ucapan itu dan akhirnya tersenyum bangga dengan tekaannya. Apakah maksud sebenar Cikgu Nordin? Apakah pula yang menjadi tekaan Mira Edora itu?

Hayatilah Mira Edora untuk mendapat jawapannya. Hasil karya novelis terkenal tanah air ini terus diminati hingga kini. Malah, novel ini pernah difilemkan dengan judul yang sama.
[ Kembali ]
 
Mawar Merah di Jambangan
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-340-2

Harga:
SM (RM 7.50)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Kumpulan cerpen Mawar Merah di Jambangan membwa pelbagai tema menurut sudut pandangan dan sentuhan rasa Khadijah Hashim. Tema krisis keluarga umpamanya terdapat dalam cerpen "Ibu" dan "Saham Ayah". Soal penipuan ekonomi dan rasuah yang halus pula terdapat dalam cerpen "Tuah Orang" dan "Hutang Siapa". Tidak ketinggalan juga, penulis turut mengungkapkan soal cinta dalam "Di Tepi Pagar", "Bunga Kubur", dan "Mawar Merah di Jambangan".

Menerusi kumpulan cerpen ini, penulis mengajak pembaca mengenal watak masyarakat keliling dan sekali gus menghayati perkembangan watak dalam cerpen-cerpennya. Cerpen penulis membawa latar belakang desa dan kota. Pemaparan latar ini mampu membuka mata pembaca meihat warna kehidupan ini.

Buku ini istimewa kerana mengandungi empat buah cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen itu ialah "Mawar Merah di Jambangan", "Layang-layang Putus Tali", "Tuah Orang", dan "Bila Ayah Mogok". Buku ini sesuai untuk bacaan tambahan bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu, terutama kepada para pelajar sekolah menengah.
[ Kembali ]
 
Kasih Entah di Mana
Pengarang:
Khadijah Hashim

ISBN:
983-852-339-9

Harga:
SM (RM 7.50)
SRK / SBH (RM 7.90)
Keterangan Buku:
Cerpen adalah ruang terbuka buat penulis menghantar mesej dan menabur idea. Perhatikan bagaimana Khadijah memilih dan menggarap idea hingga tercipta sebuah karya seni bernama cerpen. Perhatikan juga bagaimana dia memilih kalimah indah, tepat, relevan untuk menggambarkan sesuatu suasana atau peristiwa sama ada suka atau duka sehingga mengusik emosi dan mencabar intelek pembaca.Bahasanya mudah tetapi segar.

Istimewa kumpulan cerpen 'Kasih Entah di Mana' ialah tiga daripadanya telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen itu ialah, 'Kasih Entah di Mana', 'Sekapur Sirih Segeluk Air', dan 'Budi yang Tak Terbeli'.

'Budi Yang Tak Terbeli' pula dipilih sebagai cerpen wajib dalam antologi Anak Laut, iaitu teks wajib pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kesemua cerpen yang terdapat dalam buku ini diyakini mampu membantu pembaca khususnya para pelajar memantapkan lagi penguasaan bahasa, sekali gus menyemai bibit cintakan seni sastera Melayu.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 ]