SIRI NOVEL
Novel Kanak-kanak - Azrul Wira Laut
Pengarang:
Hassan Omar

ISBN:
983-852-456-5

Harga:
RM 7.90
Keterangan Buku:
Azrul Wira Anak Laut menceritakan kehidupan seorang anak nelayan di Kuala Kedah. Kedah Darul Aman. Novel ini berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh Azrul, pelajar tahun 6. Kesempitan hidup Azrul kian menghimpit apabila bapanya dan nelayan yang lain tidak dapat turun ke laut kerana bimbang ditahan dalam operasi Jabatan perikanan. Akibatnya, persekolahan Azrul dan dua orang adiknya terganggu. Namun, Azrul bukan seorang yang mudah patah semangat. Azrul cuba membantu meringankan beban kewangan keluarganya dengan memancing ikan dan dijual kepada peraih. Dengan wang itulah, Azrul membiayai perbelanjaan persekolahannya. Dia berusaha menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Berjayakah Azrul dalam peperiksaan UPSR? Apakah yang terjadi apabila Azrul berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki daripada lema di jeti Haji Sabran? Semua ini akan terjawab dalam novel menarik karya Hassan Omar. Novel ini sesuai untuk bacaan anak-anak di sekolah rendah.
[ Kembali ]
 
Novel Kanak-kanak - Terowong Maut
Pengarang:
Hassan Omar

ISBN:
983-852-457-3

Harga:
RM 6.90
Keterangan Buku:
"Dinding terowong runtuhlah. Patutlah dia orang tak seronok saja. Dinding terowong dah runtuh sedikit rupanya," ujar Badrul.

"Macam mana dinding terowong ni boleh runtuh? Mesti ada sebabnya," ujar Kamil seperti kebingungan.

"Alah, tak ada apa-apalah. Semuanya okey. Tergelincir sedikit saja. Bukannya runtuh semua." Suara Selamat jelas kedengaran.

"Nasib baik sedikit sahaja. Kalau runtuh semua tadi, kau orang dalam ini, jalanlah," ujar Badrul sambil tersenyum.

"Mulut kau jangan bacul. Benda tak ada, kau sebut-sebut pula. Macam nak saja kita orang mati." Hambali meninggikan suaranya.

Kealpaan dan keseronokan kadangkala mengundang kesedihan. Mampukah Jali, Badrul, Hambali, Selamat, Jalot, Kamil, dan Amir menyiapkan terowong yang mereka hajati? Semuanya akan terjawab dalam novel ini. Novel ini amat sesuai sebagai bahan bacaan yang banyak memberikan pengajaran kepada semua.
[ Kembali ]
 
Muka [ 1 | 2 | 3 | 4 ]